Jeremy jaguh Brooklyn benam Piston

Jeremy jaguh Brooklyn benam Piston

NEW YORK, 7 Okt – Jeremy Lin mencatatkan 21 mata untuk membawa pasukan Brooklyn Nets menghasilkan kemenangan 101-94 dalam persaingan pra musim ke atas Detroit Piston di Barclays Center semalam.

Pemain pengawal itu menghasilkan tujuh dari 11 jaringan, termasuk lima dari lapan menerusi jarak three point dalam masa 17 minit.

Dia berkata tugasan yang dilakukannya ke atas lompatannya jelas berhasil.

“Ia dirasakan hebat,’ kata Lin. ‘Saya berada dalam zon dan sejujurnya jika saya tidak berada dalam kedudukan untuk menjaringkan lebih banyak, saya rasa dua jaringan terakhir mungkin terlepas.”

Aksi Jeremy ketika menentang Smith semasa perlawanan Pre Season mereka di Barclays Center kelmarin. – AFP
Aksi Jeremy ketika menentang Smith semasa perlawanan Pre Season mereka di Barclays Center kelmarin. – AFP

Lin, pemain NBA yang pertama dari warisan China atau Taiwan, bersetuju dengan persetujuan selama tiga tahun bersama Nets dengan nilai yang dilaporkan AS$36 juta pada Julai lalu, selepas menolak tawaran yang bernilai AS$2.2 juta untuk kembali ke Charlotte bagi musim depan.

Perpindahan itu membawa Lin kembali ke Big Apple, di mana dia biasa digunakan sebagai pemain rizab bersama New York Knicks pada 2012 apabila kecederaan kepada beberapa pemain memberikannya peluang untuk beraksi. Dia mencetuskan tujuh kemenangan Knicks berturut–turut sebagai ‘Linsanity” yang mendapat perhatian peminat Knicks.

Dia meluangkan masa dua musim seterusnya bersama Houston dan semusim bersama Los Angeles Lakers sebelum menyertai Charlotte. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA