Jeremy Menez tunjuk belang

Jeremy Menez tunjuk belang

MILAN, 2 Mac (AFP) – Jeremy Menez menamatkan kemarau jaringan 11 bulan selepas menyumbat dua gol buat AC Milan ketika menundukkan kelab divisyen tiga, Alessandria 5-0 dalam separuh akhir kedua Piala Itali, semalam.

Ia menjadikan Milan menang 6-0 secara agregat dan memastikan mara ke pentas final trofi itu buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun selepas kali terakhir memenanginya kali kelima pada 2003.

Pemain pertahanan, Alessio Romagnoli turut menyumbangkan dua gol ketika Mario Balotelli melengkapkan kemenangan bergaya Milan.

“Misi berjaya,” kata jurulatih Milan, Sinisa Mihajlovic. “Ia amat penting buat kami memastikan tempat di perlawanan akhir dan menang dengan jurang gol yang besar.

“Kami gembira. Selepas 13 tahun, kami berjaya mencapai satu daripada objektif kami musim ini dan saya mula lihat untuk aksi final nanti.”

Di pentas final 21 Mei ini, Milan dijangka bertemu juara bertahan, Juventus yang akan turun menentang Inter Milan awal pagi esok selepas menang 3-0 pada perlawanan pertama.

Menez muncul menjadi salah seorang pemain paling berharga Milan apabila menyertai Serie A dari Paris Saint-Germain pada 2014, tetapi diketepikan kerana kecederaan akhir musim lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali menyertai pasukan Sinisa Mihajlovic baru-baru ini pemain gantian, tetapi memanfaatkan permulaan pertamanya untuk Rossoneri sejak April 2015.

Beliau menyerlahkan gaya menyerang tepat pada masanya kerana untuk memastikan pasukannya seledai di tiga tempat teratas musim ini.

Alessandria menuju ke San Siro dengan sokongan perjalanan yang agak besar tetapi impian mereka untuk perlawanan akhir hancur apabila Juventus tanpa belas kasihan merobek gawang mereka dari minit ke-20 dan seterusnya.

Menez memecah kebuntuan dengan gaya klinikal apabila mengutip umpanan di dalam kawasan penalti untuk mengalahkan Gianmarco Vannucchi dengan ledak rendah dari sudut sukar.

ARTIKEL YANG SAMA