Jerman arah tarik 2.4 juta kereta VW

Jerman arah tarik 2.4 juta kereta VW

FRANKFURT, 15 Okt – Pihak berkuasa pengangkutan Jerman akan mengarahkan auto gergasi Volkswagen untuk menarik balik 2.4 juta kenderaan diesel di Jerman berikutan penglibatannya dalam skandal penipuan dalam perisian ujian emisi, seorang jurucakap memberitahu wartwan hari ini.

“Kami akan mengeluarkan perintah itu,” kata jurucakap KBA atau Kraftfahrt-Bundesamt dan pihak berkuasa akan memantau pemulangan ini.

Minggu lalu, VW mengemukakan rancangan untuk mula menarik balik kenderaan dari Januari 2016. Baik KBA mahupun Kementerian Pengangkutan Jerman yang menyelia telah berkata setakat ini pelan VW adalah untuk menyelesaikan skandal itu, yang telah menjerumuskan pengeluar kereta terbesar di dunia dari segi jualan ke dalam krisis itu.

Menteri Pengangkutan Alexander Dobrindt dijadual akan memberikan kenyataan kepada media di Berlin pada Khamis. Harian Bild melaporkan pihak berkuasa Jerman hampir hilang pertimbangan terhadap VW.

VW terpaksa mengakui bulan lalu bahawa ia telah memasang 11 juta kereta diesel di seluruh dunia dengan peranti yang bertujuan untuk menipu ujian pencemaran. – AFP