Jerman, AS buru rekod

Jerman, AS buru rekod

MONTREAL, 25 Jun (AFP) – Gergasi bola sepak Jerman dan AS meneruskan pemburuan mereka untuk mencatatkan rekod ketiga gelaran esok apabila masing–masing bertemu Perancis dan China dalam suku akhir Piala Dunia Wanita.

Pasukan ranking teratas Jerman, yang juga pemenang 2003 dan 2007, berdepan Perancis di Montreal yang secara meluasnya berbahasa Perancis. Perancis memburu gelaran utama selepas selesai di tangga keempat di Jerman pada 2011 dan Olimpik 2012.

Di Ottawa, AS akan menentang China yang akan menghidupkan semula zaman–zaman kegemilangan mereka, apabila mara ke final 1999 tetapi tewas kepada AS menerusi penentuan penalti. AS juga memenangi edisi perlawanan itu pada 1991. China gagal layak pada perlawanan 2011 dan Olimpik London, dengan kemenangan 1-0 mereka dalam 16 pasukan terakhir ke atas Cameroon membolehkan mereka mendapatkan bonus sekitar sejuta yuan daripada persekutuan bola sepak kebangsaan.

Juara Jepun, satu–satunya pasukan yang memenangi semua perlawanan, pergi ke Edmonton di mana mereka seterusnya akan bertemu Australia ranking ke-10 pada Sabtu, hari yang sama England menentang Kanada di Vancouver.

Jurulatih Jerman, Silvia Neid menolak perbincangan pasukannya menjadi pilihan selepas membenam Sweden 4-1 dalam aksi 16 pasukan terakhir.

“Saya belum meyakinkannya lagi. Perancis pasukan ranking ketiga dan ia bukanlah mudah. Kami tahu di mana kami berdiri tetapi belum lagi menjadi juara dunia,” katanya.

Jerman memenangi dua gelaran, selesai di tangga kedua pada 1995 dan telah memenangi setiap gelaran Euro Wanita sejak 1995.

Tetapi mereka dikejutkan di laman sendiri pada Piala Dunia 2011 apabila tewas 1-0 dalam suku akhir kepada Jepun.