Jerman bakal undang kemarahan Turki

Jerman bakal undang kemarahan Turki

BERLIN, 31 Mei – Parlimen Jerman akan mengundi pada hari Khamis berhubung resolusi yang menjelaskan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Armenia oleh pasukan Ottoman sebagai ‘genosid’, meski amaran keras dari Turki.

Dibentuk oleh parti campuran haluan kanan-kiri yang memerintah dan parti pembangkang Greens, resolusi itu bertajuk “Mengingati dan memperingati genosid orang Armenia dan minoriti Kristian lain dalam tahun 1915 dan 1916’ juga menggunakan perkataan mempertikaikan sepanjang teksnya.

Pengundian dibuat baru setahun setelah Presiden Joachim Gauck menjadi pegawai tertinggi Jerman yang menyifatkan pembunuhan beramai-ramai itu sebagai ‘genosid’ yang mengundang respons tegang dari Turki.

Waktunya juga tidak sesuai, ketika Jerman dan Kesatuan Eropah perlukan Ankara untuk membantu mengekang kemasukan penghijrah meskipun ketegangan meningkat antara kedua belah pihak berhubung banyak isu, termasuklah hak asasi kemanusiaan.

Dengan berhati-hati membantah pengundian itu, timbalan perdana menteri Turki dan jurucakap kerajaan, Numan Kurtulmus berkata “Jerman mesti dengan berhati-hati mengambil berat akan hubungannya dengan Turki.”

“Saya berpendapat parlimen Jerman tidak akan menjejaskan hubungannya kerana dua atau tiga ahli politik,” yang telah mengemukakan resolusi itu kepada Bundestag, tambahnya.

Turki dan Armenia telah lama bertikai berhubung pembunuhan beramai-ramai era perang Dunia Pertama.

Menurut orang Armenia sehingga 1.5 juta anggota keluarga mereka dibunuh antara tahun 1915 dan 1917 ketika Empayar Ottoman mengalami kejatuhan dan berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai itu sebagai genosid. “Ia adalah tentang memberikan keadilan bersejarah, obligasinya pada seluruh masyarakat antarabangsa ke arah mengenang mangsa-mangsa genosid,” jurucakap kementerian luar Armenia, Tigran Balayan memberitahu AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA