Jerman benam Slovakia 3-0

Jerman benam Slovakia 3-0

LILLE, 27 Jun (AP) – Jerman berjaya mempamerkan salah satu persembahan terbaiknya dalam saingan Euro 2016 awal pagi tadi apabila menumpaskan Slovakia 3-0 sekali gus masa ke pusingan suku akhir kejohanan.

Juara dunia itu menunjukkan sikap bertahan dan menyerang dengan baik sekali gus menjadi petanda positif bagi menghadapi cabaran lebih sukar dalam pusingan seterusnya.

Lawan mereka selepas ini sama ada juara bertahan dua kali, Sepanyol atau Itali dengan siapa saja yang layak, ia pasti menjadi perlawanan yang sangat dinanti pada suku akhir.

“Hari ini adalah persembahan terbaik kami, di bahagian pertahanan dan serangan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Tetapi dengan menghormati lawan kami, ini bukanlah satu penunjuk bahawa bagaimana kejohanan itu akan diteruskan. Kami masih perlu meningkatkan lagi permainan untuk berjaya.”

Pasukan Jerman meraikan kemenangan mereka. - AFP
Pasukan Jerman meraikan kemenangan mereka. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Jerome Boateng meletakkan Jerman di depan seawal minit kelapan apabila rembatannya dari luar kotak penalti menerjah jaring di penjuru gol Slovakia.

Mario Gomez kemudian menambah gol kedua buat pada minit ke-43 sebelum Julian Draxler mengesahkan kemenangan bergaya Jerman dengan jaringan ketiga minit ke-63.

“Ia antara saat yang menarik,” kata Gomez, yang terlepas kejuaraan Piala Dunia diraih Jerman pada tahun 2014 kerana kecederaan dan prestasi buruk.

“Saya mahu menikmatinya dan tidak memikirkan masa lalu. Ia antara detik yang menggembirakan bermain dalam pasukan ini.”

ARTIKEL YANG SAMA