Jerman berhasrat hadkan pendatang

Jerman berhasrat hadkan pendatang

BERLIN, 19 Jan – Jerman berhasrat mengehadkan pendatang dari Afrika Utara dengan mengisytiharkan Maghribi, Algeria dan Tunisia ‘ negara-negara selamat’, para pegawai dari gabungan memerintah berkata semalam, dengan mengurangkan peluang warganegara negara itu diberikan suaka kepada sifar.

Usaha itu menyusuli keberangan terhadap serangan seksual ke atas wanita-wanita di Cologne pada sambutan sebelum Tahun Baru yang mana lebih banyak pendatang Afrika Utara dalah adalah pelakunya yang menguatkan lagi perdebatan kebangsaan tentang dasar membuka ruang kepada orang pelarian yang dibentuk oleh Canselor Angela Merkel.

Negara Eropah yang paling ramai penduduk dan ekonomi terbesar telah menerima bahagian paling hebat dari pengaliran masuk orang pelarian terbesar dari benua itu sejak Perang Dunia Kedua. Kira-kira 1.1 juta pencari suaka tiba di negara itu dalam tahun 2015, kebanyakannya lari dari peperangan dan kemiskinan di Syria, Afghanistan dan Iraq.

Parti Merkel iaitu parti Konservatif Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) semalam bersetuju bahawa Maghribi, Algeria dan Tunisia yang bermasalah dengan kekacauan lebih dari konflik besar-besaran seharusnya dinamai negara-negara selamat.

Langkah itu dihasratkan untuk mengurangkan bilangan ketibaan dari negara-negara ini dan menjadikan penghantaran pulang lebih mudah, Jeneral CDU Peter Tauber berkata selepas satu mesyuarat anggota-anggota kanan parti.

Awal semalam, jurucakap kerajaan Steffen Seibert berkata Berlin mahu membincangkan dengan negara-negara Kesatuan Eropah lain tentang menamakan Maghribi dan Algeria sebagai negara yang selamat.

Ahad lalu, Timbalan Canselor Sigmar Gabriel berkata Berlin mungkin mengurangkan bantuan pembangunan kepada negara-negara yang tidak bersedia menerima balik warganegara yang permohonan suaka mereka telah ditolak.

Ditanya tentang dasar Jerman terhadap Algeria dan Mahgribi, Gabriel memberitahu televisyen ARD: “Tidak boleh ada situasi yang mana anda menerima bantuan pembangunan tetapi tidak menerima warganegara kamu sendiri apabila mereka tidak mendapat suaka di sini kerana mereka tidak ada alasan untuk lari meninggalkan negara mereka.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA