Jerman bermain tanpa kapten pasukan

Jerman bermain tanpa kapten pasukan

BERLIN, 10 Nov – Kapten pasukan, Manuel Neuer adalah bintang Jerman yang terbaru untuk direhatkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Jumaat menentang San Marino, Jerman FA (DFB) mengesahkan hari ini.

Penjaga gol bagi pasukan Bayern Munich itu, 30, menarik diri kerana dia merasakan tidak sihat sebelum penerbangan pasukan Jerman ke Rimini untuk menghadapi negara kecil di utara Itali.

Dia juga tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pada Selasa menentang Itali di Milan dalam perlawanan akhir antarabangsa Jerman pada 2016.

Dalam ketiadaan Neuer, Marc Andre ter-Stegen dari Barcelona dan Bernd Leno dari Bayer Leverkusen akan mengambil alih posisi di gawang Jerman.

Neuer adalah bintang pilihan pertama terbaru yang digugurkan bersama Toni Kroos dari Real Madrid yang mengalami keretakan kaki dan rakan sepasukan Bayern, Jerome Boateng, yang tidak beraksi kerana mengalami kecederaan lutut dan pangkal paha.

Manuel Neuer tidak akan beraksi pada perlawanan Jerman menentang San Marino disebabkan berasa kurang sihat. – AFP
Manuel Neuer tidak akan beraksi pada perlawanan Jerman menentang San Marino disebabkan berasa kurang sihat. – AFP

Mesut Ozil dari Arsenal direhatkan sementara Julian Brandt menarik diri semalam dengan jangkitan usus. Pemain midfield penyerang, Julain Draxler juga mengalami kecederaan.

Biarpun pengunduran tersebut, ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew menjangka pasukannya akan mendapatkan tiga mata untuk terus kekal dalam kedudukan teratas kumpulan kelayakan mereka dengan empat kemenangan dari empat perlawanan kelayakan pertama mereka.

“Kami akan melihat perlawanan kelayakan terakhir tahun ini sama seperti tiga perlawanan sebelumnya,” kata Loew selepas Jerman menang ke atas Norway, Republik Czech dan Ireland Utara dalam dua bulan lalu.

“Kami tidak mahu menjadi sombong di San Marino dan akan menerima cabaran ini sebaik mungkin.” – AFP