Jerman bidas sikap Fiat

Jerman bidas sikap Fiat

BERLIN, 20 Mei (AFP) – Jerman semalam membidas Fiat kerana ‘sikapnya yang tidak bekerjasama’, dengan mengatakan pengeluar kereta Itali itu enggan menemui para pegawai Jerman untuk menangani persoalan tentang sama ada kenderaan mereka mematuhi peraturan pengeluaran asap.

Pihak berkuasa Jerman telah melancarkan penyiasatan pengeluaran asap selepas Volkswagen pada tahun lalu mengakui telah melakukan penipuan dalam enjinnya untuk menipu ujian pencemaran.

Bukan saja kenderaan Volkswagen(VW), tetapi jenama-jenama kereta utama lain, termasuklah Fiat, Itali, memperlihatkan luar aturan dalam penyiasatan.

Para pegawai Fiat dijangka mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Jerman pada semalam untuk membincangkan masalah itu tetapi membatalkan rundingan itu tiba-tiba menerusi surat peguam, menurut kenyataan kementerian pengangkutan.

Pengeluar kereta itu enggan mengadakan pertemuan itu kerana ia menganggap para pegawai Itali hanya pihak berkuasa yang bertanggung jawab ke atas persoalan tentang sama ada kenderaan mereka mematuhi peraturan pengeluaran asap yang sedia ada, menurut kementerian itu.

Jerman membidas Fiat akan sikap tidak bekerjasamanya dalam persoalan sama ada kereta mereka mematuhi peraturan pengeluaran asap. – AFP
Jerman membidas Fiat akan sikap tidak bekerjasamanya dalam persoalan sama ada kereta mereka mematuhi peraturan pengeluaran asap. – AFP

Penyiasatan yang dilancarkan ke atas nilai-nilai pengeluaran semua model kenderaan di jalan raya Jerman mendapati 53 model telah diuji, 22 model mengeluarkan nilai oksida nitrogen tinggi dan memiliki alat teknikal yang menimbulkan persoalan.

Model-model itu terutamanya mempunyai alat yang, dibawa suhu cuaca tertentu, mematikan sistem yang bertujuan membuang oksida nitrogen berbahaya dari ekzos kereta.

Sistem bagi pembersihan pencemaran tidak aktif pada suhu rendah untuk melindungi enjin atau mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan, seperti yang dibenarkan oleh peraturan EU, tetapi tidak jelas sama ada sebilangan pengeluar kereta menggunakan bekalan ini untuk mengubah cara undang-undang.

Dobrindt berkata Jerman akan mendesak bagi penutupan jalan keluar, untuk memastikan para pengeluar-pengeluar tidak lagi boleh bersembunyi di sebalik alasan melindungi enjin.”

ARTIKEL YANG SAMA