Jerman boleh ulangi kejayaan di Brazil

Jerman boleh ulangi kejayaan di Brazil

UEFA-Euro-2016-Logo

LILLE, 12 Jun (AFP)– Jurulatih Jerman, Joachim Loew menegaskan juara dunia itu tidak boleh menyalahkan nasib malang yang menghantui mereka apabila beberapa pemain mengalami kecederaan pada kempen Euro 2016 sebagai alasan jika gagal menyamai kejayaan dua tahun lalu di Brazil.

Marco Reus, Ilkay Gundogan dan Antonio Ruediger semuanya tidak disenaraikan dalam senarai 23 pemain Jerman bagi Euro kali ini kerana masalah kecederaan.

Loew mengakui Mats Hummels tidak sempat pulih sepenuhnya untuk digandingkan bersama pemain Bayern Munich, Jerome Boateng di bahagian pertahanan tengah bagi menghadapi Ukraine dalam aksi sulung Kumpulan C di Lille, awal pagi esok waktu Brunei.

Namun, dia yakin pemain itu sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi kedua menentang Poland, awal pagi Jumaat ini.

“Tiada kesedihan mengenai kecederaan,” kata Loew yang akan membimbing Jerman buat kali ketiga pada Euro selepas muncul naib juara pada edisi 2008 dan tewas kepada Itali dalam aksi separuh akhir, empat tahun lalu.

“Hummels sudah kembali menjalani latihan individu 100 peratus dan kini dia sudah menyertai latihan dengan pasukan. Mungkin esok (awal pagi esok) masih terlalu awal tetapi kami boleh bergantung kepada dirinya untuk aksi kedua bertemu Poland”.

“Pemain lain semua cergas sepenuhnya dan bersedia untuk bermain”.

ARTIKEL YANG SAMA