Jerman cuba baiki kelemahan

Jerman cuba baiki kelemahan

BERLIN, 31 Mac (AFP) – Jurulatih Jerman Joachim Loew telah mensasarkan bidang yang mesti dipertingkatkan oleh juara dunia untuk kejohanan Eropah pada Jun selepas tewas mengejut kepada England dan pembelasahan Itali dalam perlawanan persahabatan.

Pemain Jerman melepaskan pendahuluan dua gol dalam kekalahan 3-2 kepada England di Berlin Sabtu lalu tetapi bangkit semula dengan membelasah Itali 4-1 di Munich Selasa lalu.

Toni Kroos, Mario Goetze, Jonas Hector dan Mesut Ozil memimpin Jerman 4-0 sebelum pemain gantian Stephen El Shaawawy menjaringkan gol lewat Itali.

Loew tahu apa yang perlu dilakukan sebelum perlawanan pembukaan Euro 2016 Jerman menentang Ukraine di Lille dalam Kumpulan C pada 12 Jun.

“Melawan England, kami kehilangan disiplin, tumpuan dan keyakinan kami dalam fasa akhir,” kata Loew. “Ia lebih baik berbanding Itali, tetapi terdapat perkara yang perlu diusahakan oleh kami. “Disebabkan kami tidak bertungkus-lumus dapat difahami, tetapi apabila pasukan bermain dengan baik, maka kami mempunyai pilihan.

“Namun, terdapat beberapa bidang seperti tingkah laku kami dalam pertahanan, permainan dan corak larian yang mesti dipertingkatkan.”

Itali, yang tidak pernah ditewaskan oleh Jerman pada kejohanan besar, merupakan pencabar suku akhir yang mungkin pada Euro 2016, namun Loew berkata kemenangan pertama pada malam Selasa ke atas Azzuri selama 21 tahun tidak bermakna.