Jerman dakwa IS guna senjata kimia

Jerman dakwa IS guna senjata kimia

BERLIN, 14 Ogos (AFP) – Tentera Kurdis yang menentang kumpulan Negara Islam (IS) di utara Iraq melaporkan diserang dengan senjata kimia sejak beberapa hari lepas, menurut Kementerian Pertahanan Jerman semalam.

Dakwaan tersebut, yang kelihatannya “munasabah” oleh pegawai Amerika Syarikat, menyusuli dakwaan pada Mac oleh kerajaan autonomi Kurdis di utara Iraq yang berkata ia mempunyai bukti kumpulan IS menggunakan klorin dalam serangan bom kereta pada 23 Januari lepas.

“Kami mempunyai petunjuk bahawa ada berlaku serangan yang menggunakan senjata kimia” ke atas para pejuang peshmerga Kurdis yang menyebabkan ramai menderita “masalah pernafasan,” jurucakap Kementerian Pertahanan Jerman memberitahu AFP.

Seorang pegawai kanan dari peshmerga memberitahu AFP serangan juga berlaku minggu pada minggu ini dan mencederakan berpuluh-puluh pejuang.

“Pada tengah hari Selasa lepas, pasukan peshmerga di kawasan Makhmur 50 kilometer di barat bandar Arbil diserang dengan roket Katyusha yang berisi bahan klorin,” kata pegawai peshmerga itu yang enggan dikenali.

Kementerian Pertahanan di Jerman, yang menyediakan latihan serta bekalan senjata kepada tentera Kurdis, berkata bahawa “para Amerika dan Iraq dari Baghdad dalam perjalanan untuk memastikan apa yang berlaku.”

Terdahulu jurucakap kementerian itu berkata “terdapat serangan senjata kimia” berhampiran Arbil, ibu negeri wilayah Kurdis di Iraq.