Jerman harap Boateng sedia bagi Slovakia

Jerman harap Boateng sedia bagi Slovakia

EVIAN, Perancis, 23 Jun (AFP) – Kakitangan perubatan Jerman kini bekerja sepanjang masa untuk menyediakan tonggak pertahanan, Boateng dalam keadaan cergas bagi pusingan 16 terbaik Euro 2016 menentang Slovakia, Ahad ini.

Pemain pertahanan tegap Bayern Munich itu dikeluarkan pada minit ke-76 apabila mengalami hentakan di betisnya pada perlawanan kumpulan yang berkesudahan 1-0 menentang Ireland Utara Selasa lepas.

“Pengerasan sudah berkurangan, dia dan kakitangan perubatan kini bekerja sepanjang masa,” menurut pendedahan penolong jurulatih Marcus Sorg hari ini. “Kami berharap dia dapat beraksi, namun saya bukanlah nabi.

“Kami masih mempunyai dua sesi latihan, jadi banyak perkara boleh berlaku.”

Bagaimanapun, Boateng lebih positif apabila ditanya mengenai kecederaannya, mengatakan dalam akhbar harian Jerman Bild bahawa dia akan kembali beraksi menentang Slovakia di Lille.

Jerome Boateng ketika menentang Ireland Utara dalam saingan peringkat kumpulan Euro 2016. – AP
Jerome Boateng ketika menentang Ireland Utara dalam saingan peringkat kumpulan Euro 2016. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Betis saya sedikit keras. Saya memasang pita penstabil di atasnya,” kata pertahanan berusia 27 tahun itu. “Jabatan perubatan kami melakukan kerja yang sangat baik.

“Saya pasti berupaya untuk bermain Ahad ini.”

Boateng begitu luar biasa pada kempen Euro 2016, terutamanya apabila menyelamatkan bola masuk ke gawang apabila menentang Ukraine di mana Jerman memenangi 2-0.

Bersama-sama Mats Hummels sebagai nadi pertahanan Jerman, prestasi Boateng di Brazil dua tahun lepas adalah kunci utama dalam kejuaraan Piala Dunia mereka dan dia telah membuat penampilan 62 kali buat negaranya.

ARTIKEL YANG SAMA