Jerman hilang sentuhan penyudah

Jerman hilang sentuhan penyudah

PARIS, 22 Jun (AFP) – Jerman dan penyerang mereka yang biasanya prolifik Thomas Mueller meratapi terlepas peluang pada Euro 2016 apabila juara dunia itu hanya menjaringkan satu gol ketika menentang Ireland Utara.

Jerman mempunyai 26 percubaan ke gawang di Parc des Princes semalam berbanding hanya dua untuk lawan mereka tetapi hanya Mario Gomez dapat mengalahkan penjaga gol Ireland Utara Michael McGovern.

Jerman mengungguli Kumpulan C dan menuju ke perlawanan 16 terakhir di Lille Ahad ini menentang Albania, Slovakia atau pasukan tangga ketiga dalam Kumpulan F Portugal.

Ireland Utara juga tidak terlalu sedih kerana kekalahan 2-0 Republik Czech kepada Turki bermakna mereka turut mara ke peringkat kalah mati dengan perbezaan gol dalam penyertaan Euro pertama mereka.

Northern Ireland boleh kalah teruk dan peluang kelayakan mereka terjejas sebenarnya tetapi Jerman nampak tumpul dan Mueller mengakui mereka perlu lebih klinikal pada pusingan seterusnya.

Gomez (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa menentang Ireland Utara di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP
Gomez (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa menentang Ireland Utara di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kurang gol. Saya boleh menyamakan kedudukan dalam senarai penjaring. Kami tamak,” kata Mueller. “Terdapat peningkatan dalam permainan tetapi sudah tentu kami tidak 100 peratus gembira. Kami mempunyai lebih banyak peluang berbanding lapan perlawanan terakhir. “

Bintang Bayern Munich itu berganding dengan Gomez untuk mencipta gol pada minit ke-29 dan percubaannya terkena tiang dan palang gol pada babak pertama menyebabkan skuad Michael O’Neill dalam bahaya.

Tetapi Jerman tidak dapat melepasi McGovern atau percubaan mereka mengenai sasaran, walaupun dibantu prestasi menarik Gomez dan Mario Goetze yang menjaringkan gol kemenangan Piala Dunia keempat Jerman dua tahun lalu.

Mueller menjaringkan 10 gol pada Piala Dunia tetapi masih belum menjaringkan gol pada final Kejohanan Eropah.

Dengan potensi suku akhir menentang Itali atau pemegang gelaran Sepanyol, pertahanan Mats Hummels berkata Jerman tidak mampu untuk terus membazir peluang kerana kejohanan itu terus berjalan.