Jerman hos sidang kemuncak antipengganas antarabangsa

Jerman hos sidang kemuncak antipengganas antarabangsa

BERLIN, 27 Mac (dpa) – Berlin akan menghoskan sidang kemuncak antipengganas antarabangsa di bandar itu pada musim panas, kata Menteri Luar Negeri Frank-Walter Steinmeier memberitahu media Jerman hari ini.

Topik utama sidang kemuncak akan mencegah para belia daripada tertarik dengan pengganasan, Steinmeier memberitahu akhbar bagi kumpulan media Funke.

Jerman pada masa ini memegang jawatan pengerusi Persatuan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE).

Steinmeier memuji peranan Rusia yang dipegang dalam konflik Syria. “Gencatan senjata, peruntukan bagi akses kemanusiaan, permulaan rundingan perdamaian di Geneva, semua perkara itu tidak akan dapat dilaksanakan tanpa penglibatan konstruktif dari Rusia,” katanya.

OSCE adalah satu forum untuk mencapai persetujuan bagi langkah seterusnya bersama Rusia dalam memerangi pengganasan, ujarnya.