Jerman intai 12 mata penuh

Jerman intai 12 mata penuh

BERLIN, 11 Okt – Jerman mengimpikan satu lagi kemenangan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ireland Utara esok dalam usaha untuk meraih 12 mata penuh daripada empat perlawanan pertama dalam kembara ke Rusia.

Kemenangan 3-0 di Norway bulan lepas dan mengatasi Republik Czech di laman sendiri Sabtu dengan jaringan sama membolehkan Jerman mendahului Kumpulan C.

Juara dunia itu tidak rela keciciran mata menentang Ireland Utara bimbingan Michael O’Neill di Hanover.

Kemenangan ke atas Ireland, sekali lagi pada pasukan kerdil San Marino pada 11 November, akan memberikan 12 mata daripada empat perlawanan meninggalkan Jerman pada kedudukan terbaik untuk layak ke Rusia.

Jerman mendahului kumpulan dengan perbezaan gol dari pasukan pakej kejutan Azerbaijan yang juga telah memenangi dua perlawanan sebelumnya.

Ireland Utara di tempat ketiga selepas menewaskan San Marino 4-0 di Belfast Sabtu lalu selepas seri tanpa jaringan menentang Republik Czech di Prague bulan lalu.

Selepas Jerman menewaskan Ireland 1-0 pada perlawanan kumpulan Euro 2016 pada Jun, Loew menjangkakan satu lagi perlawanan sengit.

Pertahanan Mats Hummels mengakui Jerman begitu bersemangat untuk mengutip 12 mata daripada empat perlawanan kelayakan pertama mereka selepas didorong oleh kempen kelayakan kurang sempurna untuk Euro 2016 di mana mereka mengalami dua kekalahan di gelanggang lawan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA