Jerman, Itali pindah rakyat, warga asing

Jerman, Itali pindah rakyat, warga asing

BERLIN, 13 Julai – Jerman dan Itali berkata hari ini mereka sedang memindahkan rakyat mereka dan warga asing lain dari Selatan Sudan, selepas pertempuran tegang mengorbankan beratus-ratus orang dan memaksa puluhan ribu lagi meninggalkan rumah mereka.

“Pasukan petugas krisis kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan warga Jerman, Eropah dan rakyat antarabangsa lain dari Selatan Sudan. Pemindahan itu masih berterusan dan dilakukan menggunakan pesawat udara tentera Jerman,” kata jurucakap wanita kementerian luar negeri Jerman, Sawsan Chebli.

Sekitar 100 warga Jerman masih lagi berada di Selatan Sudan dan mereka yang bersama organisasi Jerman akan diberi keutamaan dalam pemindahan itu, kata Chebli.

Berlin juga akan membantu membawa warga asing lain ke tempat selamat, menurut jurucakap berkenaan, bagaimanapun menambah, dia tidak dapat menyatakan kerakyatan mereka atas sebab keselamatan.

Secara berasingan, Rom berkata pesawat tentera Itali membawa 30 warga Itali dan bebe-rapa warga EU lainnya berlepas pagi hari ini dari pangkalannya di Djibouti. – AFP