Jerman: Kami belum selesai

Jerman: Kami belum selesai

LILLE, Perancis, 13 Jun (AFP) – Bintang-bintang pasukan Jerman, Manuel Neuer dan Toni Kroos memberi amaran juara dunia itu hanya akan meningkat selepas mengetepikan Ukraine 2-0 di Lille untuk menghasilkan permulaan yang sempurna dalam kempen Euro 2016.

Kroos dinamakan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu dan penjaga gol Neuer menghasilkan beberapa penyelamatan ketika Ukraine mengancam untuk mendedahkan kelemahan pertahanan sementara Jerman kerana kecederaan terhadap Mats Hummels dan Antonio Ruediger sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bagaimana pun, tandukan awal Shkodran Mustafi dan jaringan pertama antarabangsa dalam tempoh lima tahun dari Bastian Schweinsteiger, pada masa penamat, memberikan permulaan sempurna pasukan kednalian Joachim Loew dalam usaha mereka untuk menyamai kejayaan mereka di Brazil dua tahun lalu.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer mempamerkan aksi sempurna pada perlawanan tersebut. – AFP
Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer mempamerkan aksi sempurna pada perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami beraksi dengan baik dan mengekalkan standard kami di bahagian pertahanan,” kata Neuer dari kelab Bayern Munich. “Kami belum menunjukkan segala yang perlu kami tunjukkan, kami akan terus meningkat.”

Hantaran lintang bijak dari Kroos memberikan umpanan kepada jaringan pembukaan, tetapi mengakui Ukraine tidak bernasib baik untuk tidak sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan sebelum rehat ketika penyelamat dari Neuer dan sepakan keluar dari garisan gawang menerusi Jerome Boateng mengekalkan mereka mendahului.

“Ia selalu bagus bagi keyakinan untuk kemenangan 2-0 dan mengekalkan permainan bersih,” kata Kroos, yang masih lagi segar dari kemenangan Liga Juara–Juara bersama Real Madrid.