Jerman ke separuh akhir Olimpik

Jerman ke separuh akhir Olimpik

pg21_160815_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Jerman membelasah Portugal 4-0 apabila empat pemainnya masing-masing meledak satu gol, sekali gus membolehkan mereka mara ke separuh akhir Olimpik Rio.

Penyerang Serge Gnabry membuka tirai jaringan dengan jaringan menarik sebelum babak pertama tamat dengan Matthias Ginter meledak gol kedua Jerman menerusi tandukan daripada sepakan sudut, 12 minit selepas separuh masa kedua bersambung.

David Seike melebarkan jurang dengan gol ketiga pada minit ke-75 sebelum pemain gantian, Phillip Max melengkapkan hari bergaya buat Jerman dengan jaringan keempat tiga minit sebelum tamat permainan.

Keputusan ini dilihat adalah sebagai balasan ke atas Portugal yang sebelum ini membenam Jerman 5-0 pada aksi separuh akhir Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun, tahun lalu.

Jerman bakal bertemu sama ada Nigeria atau Denmark sementara Korea Selatan akan menentang Honduras.

Tuan rumah dan naib juara tiga kali, Brazil pula akan menghadapi cabaran daripada Colombia.

Kejohanan Olimpik hanya terbuka kepada pemain berusia bawah 23 tahun namun mereka dibenarkan membawa tiga pemain melebihi usia 23 tahun.

Jerman tidak pernah lagi memenangi Olimpik selaku negara persekutuan meskipun pernah memenangi pingat emas pada 1976 sebagai Jerman Timur. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA