Jerman mahu bangkit benam Itali

Jerman mahu bangkit benam Itali

MUNICH, 28 Mac (AFP) – Jerman yang masih terkejut kini memburu kemenangan yang jarang dapat dilakukan apabila berdepan Itali pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Munich pada awal pagi Rabu ketika juara dunia itu mahu bangkit selepas tewas kepada England.

Skuad kendalian Joachim Loew itu melepaskan kelebihan dua gol di Berlin semalam sebelum tewas 3-2 berdepan skuad bimbingan Roy Hodgson.

“Ia adalah panggilan amaran,” kata kapten Jerman, Sami Khedira, yang tidak akan bermain bersama Bastian Schweinsteiger berdepan Itali kerana kecederaan lutut.

Kurang tiga bulan sebelum bermula Kejohanan Eropah di Perancis, kekalahan di tangan England mendedahkan pertahanan longgar dan kurangnya penguasaan dalam gaya permainan pemain juara dunia itu.

Selain kempen kelayakan yang kurang meyakinkan pada Euro 2016, kekalahan kepada England menambah kesukaran buat Jerman.

“Kami perlu jelas bahawa perlawanan seperti ini dalam kejohanan bermakna anda akan pulang awal,” kata penyerang Jerman, Mario Gomez, yang menjaringkan satu gol berdepan England manakala satu lagi dibatalkan.

Paling membimbangkan Loew ialah pertahanannya akan beraksi tanpa pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, pertahanan tengah Mats Hummels yang cedera dan Jerome Boateng yang sedang pulih daripada kecederaan pangkal paha.

ARTIKEL YANG SAMA