Jerman mara separuh akhir

Jerman mara separuh akhir

BORDEAUX, 3 Julai – Jerman mara ke separuh akhir persaingan Euro 2016 semalam tetapi ketidakberkesanan mereka menerusi sepakan penentuan penalti bersama Itali hampir menjejaskan mereka sebelum Jonas Hector menjadi penyelamat.

Jerman gagal menyudahkan tiga sepakan penalti sebelum mencatatkan kemenangan 6-3 dalam 18 sepakan penalti ketika Hector menyudahkan sepakannya yang menewaskan Gianluigi Buffon dan meluru ke arah rakan sepasukannya.

Mereka akan menghadapi pemenang perlawanan di antara pasukan tuan rumah Perancis dan pasukan Iceland dalam separuh akhir pada Khamis depan.

“Ia sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata, tetapi saya gembira ia memasuki gawang,’ kata Hector.

“Tidak terdapat ramai yang tinggal. Saya tahu saya perlu mengambilnya pada satu kedudukan dan saya merasa gentar.”

Jerman juga mengetepikan badi menentang musuh lama, Itali, dengan mencatatkan kemenangan buat kali pertama dalam sembilan percubaan.

Pemain Jerman meraikan kejayaan selepas menewaskan Itali dalam penentuan sepakan penalti antara Jerman dan Itali di Stadium Matmut Atlantique di Bordeaux semalam. - AFP
Pemain Jerman meraikan kejayaan selepas menewaskan Itali dalam penentuan sepakan penalti antara Jerman dan Itali di Stadium Matmut Atlantique di Bordeaux semalam. – AFP

“Si, si, si, badi ke atas Itali sudah berlalu,’ kata akhbar Bild.

Jerman mengekalkan rekod cemerlang dalam kejayaan sepakan penentuan penalti anda perlu kembali kepada 1976 buat kali terakhir mereka tewas menerusi sepakan penalti dalam perlawanan utama.

Pasukan kendalian Joachim Loew dilihat seperti menuju kemenangan selepas Mesut Ozil menyudahkan jaringan yang memberikan mereka pendahuluan pada minit ke-65, tetapi dalam kedudukan Jerome Boateng terkena tangan dalam kawasan penalti.

Leonardo Bonucci dengan tenang menyudahkan sepakan penalti 12 minit sebelum tamat dari masa biasa dan ia berakhir 1-1 pada minit ke-90.

Dengan tiada jaringan diperoleh pada masa tambahan, Ozil, Thomas Mueller dan Bastian Schweinteiger gagal menyudahkan sepakan penalti bagi Jerman, yang biasanya mudah dari jarak 12 ela. Tetapi selepas Simone Zaza dan Graziano Pelle gagal menyudahkan bagi Itali dan Bonucci dinafikan oleh penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, kegagalan Matteo Darmian untuk menyempurnakan sepakan kesembilan Azzurri membuka ruang bagi Hector menjadi wira pasukan Jerman. – AFP