Jerman mula rasai tekanan

Jerman mula rasai tekanan

MARSEILLE, 7 Julai – Pemain midfield Jerman Toni Kroos berkata negara tuan rumah Perancis juga mempunyai tekanan apabila mereka bertemu dalam pertarungan separuh akhir Euro 2016 pada hari ini yang akan menentukan perlawanan final dengan Portugal pada 10 Julai.

Kroos adalah penting dalam pasukan Jerman yang menyingkirkan Perancis daripada suku akhir Piala Dunia 2014 tatkala Die Mannschaft menang dengan mudah di Maracana di Rio De Janeiro.

Dia percaya tekanan Perancis yang bermain sebagai tuan rumah kejohanan mungkin tidak memihak kepada pemain Didier Deschamps tatkala mereka berusaha untuk menamatkan nasib malang 58 tahun terhadap Jerman dalam perlawanan final.

Bagi pemain midfield Real Madrid Kroos, bermain melawan pemain Didier Dechamps adalah ‘istimewa’.

Namun dia berkata Jerman, yang belum mengalami kekalahan di tangan Perancis dalam perlawanan final sejak pembelasahan 6-3 pada Piala Dunia 1958 di Sweden, tidak berasa gentar.

Kroos ketika mengadakan sesi latihan bersama pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di kem pangka-lan mereka di Evian-les-Bains, Perancis, pada Isnin lalu. Jerman akan menghadapi Perancis pada perla-wanan bola sepak separuh akhir Euro 2016 di Marseille. - AP
Kroos ketika mengadakan sesi latihan bersama pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di kem pangka-lan mereka di Evian-les-Bains, Perancis, pada Isnin lalu. Jerman akan menghadapi Perancis pada perla-wanan bola sepak separuh akhir Euro 2016 di Marseille. – AP

“Saya berkata gentar bukanlah perkataan yang sesuai,” kata Kroos di Marseille apabila ditanya mengenai perasaannya mengenai Les Bleus.

“Kami amat menghormati pasukan Perancis kerana mereka telah mencatat kemajuan ketika kejohanan. Jelasnya bermain menentang negara tuan rumah adalah istimewa. Namun tidak berasa takut.

“Sehingga sekarang, saya rasa seolah-olah peminat kami kebanyakannya telah berada dalam stadium, saya menjangka jumlah mereka akan berkurangan esok.

“Namun kami mempunyai kenangan yang baik. Kami tahu kami berdepan dengan pasukan yang berkualiti dan mereka mempunyai semangat berkobar-kobar, namun saya pasti mereka juga akan merasa sedikit tekanan.

“Ia terpulang kepada kami untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang timbul.” – AFP