Jerman mulakan latihan Euro 2016

Jerman mulakan latihan Euro 2016

ASCONA, Switzerland, 24 Mei (dpa) – Juara dunia Jerman memulakan persiapan EURO 2016 mereka hari ini di satu tempat latihan dikenali iaitu di persisiran Tasik Maggiore, Switzerland.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew dan 25 daripada 27 pemainnya berlepas dari Frankfurt pada waktu petang menuju Ascona berhampiran sempadan Itali, pangkalan sama yang mereka gunakan menjelang Euro 2008 di mana mereka ditewaskan oleh Sepanyol pada perlawanan akhir.

“Benvenutti” atau selamat datang adalah mesej pada bendera dan kain rentang di Ascona menjelang ketibaan pasukan dan satu resepsi oleh datuk bandar itu, Luca Pissoglio.

Loew sering membuat kejutan dalam persiapan sebelum kejohanan, dan Jerman berharap tempat kemudahan latihan dan suasana di Switzerland itu akan mengangkat semula mentaliti kemenangan.

Pengurus pasukan Oliver Bierhoff berkata,”terdapat banyak komponen yang pergi menuju kejayaan. Perkara yang paling penting berlaku di tempat latihan, namun pertubuhan yang bagus dan semangat sukan yang bagus adalah penting.”

Loew akan membuat keputusan pada saat akhir sama ada akan berlatih di Stadio Comunale di Ascona pada waktu senja atau sama ada para pemain akan berlatih sendiri di hotel pasukan tersebut.

Kapten pasukan, Bastian Shweinsteiger dan pemain midfield Mario Goetze dan Sami Khedira akan dalam kes mereka akan menjalani sesi latihan istimewa memandangkan mereka kini berpulih daripada kecederaan.

Hanya Toni Kroos dan Lukas Podolski kini tidak hadir dalam skuad sementara itu disebabkan komitmen terhadap kelab masing-masing.

Loew telah berkata, “struktur pasukan itu dan asas taktikal” telah tersedia, dengan kem latihan itu direka terutamanya untuk setiap pemain dalam kecergasan dan dengan semangat sukan yang kuat bagi kejohanan dari 10 Jun hingga 10 Julai di Perancis.

“Kami sering mencapai sebegini sebelum kejohanan besar, dan kami akan berjaya lagi,” kata Loew. “Ia mengenai membentuk satu unit, dan kebersamaan tanpa syarat.”

ARTIKEL YANG SAMA