Jerman, Perancis layak ke Olimpik Rio

Jerman, Perancis layak ke Olimpik Rio

VANCOUVER, 23 Jun (AFP) – Jerman dan Perancis menempah tempat ke Olimpik Rio 2016, semalam, selepas muncul sebagai dua pasukan terbaik Eropah pada temasya Piala Dunia Wanita di sini.

Norway tewas 2-1 kepada England, – yang tidak bertanding di Olimpik – dalam saingan 16 terbaik, bagi sekali gus memastikan Jerman dan Perancis merebut dua daripada tiga tempat yang disediakan.

Pasukan Belanda, menjadi pilihan menyertai kedua-dua pasukan ini untuk turut sama layak, sekiranya berupaya menjinakkan Jepun pada aksi hari ini.

“Ia perkhabaran yang sangat, sangat baik untuk semua,” kata jurulatih pasukan Perancis, Philippe Bergeroo.

“Kami akan ke temasya Olimpik, tapi sebelum itu kami kena fokus kepada saingan suku akhir bertemu Jerman.”

“Skuad kami begitu gembira. Walaupun demikian, kami perlu fokus semula kepada permainan secepat mungkin,” tambah beliau.

Dalam keadaan di mana keputusan daripada Piala Dunia Wanita tidak jelas untuk mengenal pasti pasukan ketiga terbaik dari Eropah, play-off dengan kedua-dua pasukan yang tinggal – Belanda dan Norway – akan dianjurkan oleh UEFA.

Sweden akan terlepas Sukan Olimpik buat kali pertama selepas tewas 4-1 kepada Jerman pada peringkat 16 terakhir.

“Ia akan menjadi kali pertama kami tidak bersaing di Sukan Olimpik,” kata Sundhage, yang memimpin Amerika Syarikat untuk emas Olimpik pada 2008 dan 2012.

England tidak mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik kerana United Kingdom bersaing dalam Sukan Musim Panas dan Musim Sejuk, jadi The Three Lionesses tidak dikira dalam ranking kelayakan untuk Rio 2016.

ARTIKEL YANG SAMA