Jerman perkenal faedah istimewa bagi kereta elektrik

Jerman perkenal faedah istimewa bagi kereta elektrik

BERLIN, 1 Okt (dpa) – Pelbagai keistimewaan diberikan kepada para pemandu semua kereta elektrik, termasuk faedah tempat letak kereta, kebenaran untuk menggunakan lorong bas dan plat lesen khas, telah mula dikuatkuasakan di Jerman.

Langkah itu terkandung dalam undang-undang elektro mobiliti yang diluluskan tahun lepas dan dijangka akan mansuh pada 30 Jun 2030.

Kemudahan itu dikenakan kepada kenderaan berkuasa bateri, serta kereta mesra alam lain seperti kereta hibrid elektrik diesel dan petrol yang boleh caj semula dan kenderaan sel bahan api hidrogen.

Menteri Pengangkutan Alexander Dobrindt berharap nombor plat lesen e-kereta akan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai kenderaan elektrik di Jerman, yang mana penjualan jualan kenderaan itu ketinggalan jauh berbanding sasaran kerajaan.

Perbandaran kini boleh memutuskan sama ada untuk mengekhaskan ruang letak kereta di stesen pengecasan bagi kenderaan elektrik serta menyediakan ruang letak kereta percuma.

Mereka juga boleh memberikan pas khas award bagi pemilik e-kereta dalam kawasan sensitif persekitaran dan membuka laluan bas bagi kenderaan yang berlabel dengan betul, jika menurut syarat.

Langkah itu adalah makluman dan keputusan terakhir atas pengimplementasian itu terletak di tangan pihak berkuasa kawalan trafik yang relevan.