Jerman perlu kerjasama erat dengan perisikan asing

Jerman perlu kerjasama erat dengan perisikan asing

BERLIN, 3 Jan (Reuters) – Jerman memerlukan kerjasama erat dengan perkhidmatan keselamatan asing selepas me nerima ancaman pada malam Tahun Baharu di Munich, kata Menteri Dalam Negerinya, Thomas de Maiziere.

Sejurus sebelum tengah malam 31 Disember lalu, polis mengosongkan dua stesen kereta api di ibu kota Bavaria itu selepas mendapat maklumat, militan dari Iraq dan Syria bakal melancarkan serangan. Polis membuka semula stesen itu beberapa jam kemudian dan berkata mereka tidak tahu jika suspek sebenar wujud.

‘Pada tahun baharu, situasi itu akan kekal amat serius.

Pada masa depan, kami akan bergantung kepada kerjasama erat dengan perkhidmatan keselamatan dari negara lain serta pertukaran maklumat,’ kata Maizere kepada akhbar harian Bild.

Media Jerman melaporkan, pihak berkuasa menerima maklumat daripada perkhidmatan risikan, yang berkemungkinan dari Perancis.