Jerman, Portugal berhempas pulas sebelum menang

Jerman, Portugal berhempas pulas sebelum menang

PARIS, 8 Sept – Juara dunia, Jerman terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menumpaskan Scotland, 3-2 pada aksi kelayakan Euro 2016 di Glasgow awal pagi tadi, waktu Negara Brunei Darussalam

Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan terus mendahului Kumpulan D dengan himpunan 19 mata, manakala Scotland di tangga keempat dengan 11 mata.

Di Elbasan, Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo pula mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Albania untuk mengukuhkan peluang melangkah ke pusingan akhir di Perancis tahun depan.

Pasukan berkenaan ketika ini mengungguli Kumpulan I dengan 15 mata, kelebihan tiga mata dengan pesaing rapat, Denmark selepas enam aksi.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan tiga kumpulan awal pagi tadi.