Jerman rancang ujian perubatan ke atas juruterbang

Jerman rancang ujian perubatan ke atas juruterbang

BERLIN, 27 Dis – Jerman mengemukakan rancangan kepada penggubal undang-undang agar menguji juruterbang secara rawak berhubung pengambilan ubat-ubatan dan alkohol, berharap untuk mengurangkan risiko berulang ke atas nahas Germanwings pada Mac, menurut Menteri Pengangkutan, Alexander Dobrindt dipetik sebagai berkata hari ini.

Rancangan itu disusuli dengan cadangan daripada pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan, selepas seorang juruterbang mengurung dirinya dalam kokpit sebuah pesawat yang dioperasi oleh unit Lufthansa dan menghempaskannya ke pergunungan Alps, membunuh kesemua 150 orang di dalamnya.

Para pendakwa telah menemui bukti bahawa juruterbang bersama itu, telah mengalami depresi teruk dan mungkin bimbang kehilangan kerjanya, telah mencari kaedah bunuh diri dan menyembunyikan penyakit itu daripada majikannya, mencetuskan perdebatan ke atas penyeliaan dan kerahsiaan perubatan.

“Saya rasa ia adalah wajar yang semua juruterbang perlu diperiksa secara rambang bagi pengambilan alkohol, ubat-ubatan dan dadah,” Dobrindt memberitahu Bild am Sonntag.

“Para pakar di seluruh dunia melihat kesan positif daripada perkara ini untuk menggalakkan keselamatan operasi dalam sektor penerbangan.”

Dobrindt mengatakan ia adalah sangat penting penerbangan diberi tanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan. Akhbar itu mengatakan Dobrindt merancang untuk menyerahkan peraturan itu kepada kabinet pada tahun hadapan.

Sementara itu Markus Wahl, jurucakap bagi kesatuan juruterbang-juruterbang Jerman, Vereinigung Cockpit, sangat kritikal dengan cadangan tersebut.

“Dari pandangan kami mengenai ujian rawak itu adalah sama sekali tidak betul. Ia tidak ada kena mengena dengan bencana Germanwings dan perkara itu akan meletakkan keseluruhan kumpulan profesional di bawah rasa sangsi,” Wahl dipetik oleh Bild am Sonntag sebagai berkata. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA