Jerman sasar emas berganda bola sepak

Jerman sasar emas berganda bola sepak

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Juara Piala Dunia, Jerman mahu mencipta lebih banyak sejarah dengan memastikan dua gelaran Olimpik ketika pasukan lelaki dan wanita mereka akan bersaing merebut emas dalam acara bola sepak.

Ini adalah kali pertama pasukan dari negara yang sama akan bersaing dalam final acara lelaki dan wanita di temasya Olimpik.

Dua tahun lalu, skuad Jerman yang dibimbing Joachim Loew memalukan Brazil 7-1 pada separuh akhir dalam laluan memenangi final Piala Dunia 2014 di Maracana.

Pasukan wanita yang dilatih Silvia Neid, berdepan Sweden esok di Stadium Rio dalam saingan merebut emas.

pg24_160820_olympic logo

Pemain Pasukan Jerman meraikan kemenangan selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam kejohanan bola sepak Olimpik lelaki menentang Nigeria di Sao Paulo, Rabu lalu. – AP
Pemain Pasukan Jerman meraikan kemenangan selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam kejohanan bola sepak Olimpik lelaki menentang Nigeria di Sao Paulo, Rabu lalu. – AP

Pasukan lelaki Olimpik – yang juga pasukan Bawah 23 Tahun Jerman dilatih Horst Hrubesch – akan menentang tuan rumah Brazil 24 jam kemudian dengan skuad Selecao mahu membalas dendam kekalahan mereka pada separuh akhir dua tahun lalu.

“Kedua-dua pasukan mencipta sejarah. Ia sensasi,” kata Hansi Flick, pengarah sukan Persatuan Bola Sepak Jerman.

“Kami berbangga mewakili bola sepak Jerman di Olimpik. Kami sudah separuh menyempurnakan misi kami.” – AFP