Jerman satu kuasa hebat

Jerman satu kuasa hebat

LILLE, Perancis, 13 Jun (AFP) – Pengendali Ukraine, Mykhaylo Fomenko memuji dan menggelar juara dunia, Jerman sebagai ‘mesin’ selepas skuad bimbingannya tewas 2-0 pada aksi perlawanan pembukaan Kumpulan C Euro 2016, awal pagi tadi.

“Jerman bagai sebuah mesin, pasukan mereka penuh dengan pemain yang hebat belaka. Tiada sebarang kejutan dengan pasukan ini. Mesin adalah mesin,” katanya selepas perlawanan.

Pemain pertahanan, Shkodran Mustafi meletakkan Jerman di depan pada babak pertama menerusi tandukan sebelum pemain veteran, Bastian Schweinsteiger menambah gol kedua yang juga gol pertamanya dalam tempoh lima tahun untuk meletakkan juara Eropah tiga kali itu selaku pendahulu Kumpulan C.

Jerman tidak memperoleh kemenangan mudah dengan Ukraine beberapa kali berjaya melakukan ancaman berbahaya termasuk jaringan yang dibatalkan akibat ofsaid.

Pengendali Ukraine ketika tiba sebelum perlawanan bermula. – AFP
Pengendali Ukraine ketika tiba sebelum perlawanan bermula. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Penjaga gol dan juga kapten Jerman, Manuel Neuer terpaksa melakukan aksi menyelamat terbaiknya beberapa kali dengan pemain pertahanan, Jerome Boateng melakukan aksi akrobatik bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi. Di sebalik kekalahan yang dilakar, Fomenko begitupun percaya keyakinan pemainnya tetap utuh ketika bertemu Ireland Utara bagi aksi kedua, Jumaat ini.

“Kami faham sudah tentu ia akan menjadi sesuatu yang amat sukar apabila kamu menentang Jerman.

“Kami perlu melupakannya ketika dan bergerak ke perlawanan seterusnya. Saya fikir secara fizikal dan mental semuanya tidak akan apa-apa bagi perlawanan seterusnya.

“Apa yang paling penting ialah perlawanan seterusnya dan peluang kami untuk menang perlawanan itu,” kata jurulatih veteran itu.