Jerman semakin agresif

Jerman semakin agresif

HANOVER, Jerman, 12 Okt – Jerman meneruskan kemaraan dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 untuk kekal di kedudukan teratas kumpulan mereka.

Jaringan separuh masa pertama dilakukan oleh Julian Draxler dan Sami Khedira bagi melengkapkan kemenangan di Hanover.

“Sama seperti dalam permainan terakhir, kami bermain dengan memberikan tumpuan dan agresif,” kata Khedira.

“Secara keseluruhannya, kami boleh bergembira terutama pada separuh masa pertama. Ada ruang untuk penambahbaikan, tetapi ia satu keputusan yang baik.”

Jerman hanya tewas dua daripada 85 perlawanan kelayakan Piala Dunia dalam sejarah kegemilangan mereka dan tidak memberi peluang langsung kepada Ireland Utara mengecapi kemenangan pertama di bumi Jerman selama 33 tahun.

Khedira (dua kiri) menjaringkan gol kedua semasa menentang Ireland Utara dalam aksi kelayakan Kumpulan C di Hanover, Ireland kelmarin. – AP
Khedira (dua kiri) menjaringkan gol kedua semasa menentang Ireland Utara dalam aksi kelayakan Kumpulan C di Hanover, Ireland kelmarin. – AP

Dengan sembilan mata yang diperoleh selepas tiga perlawanan, Jerman akan menamatkan tahun ini dengan rekod sempurna jika mereka menewaskan pasukan kerdil San Marino yang berada pada kedudukan 198 di bawah mereka.

Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew memulakan aksi pada sudut yang sama seperti menewaskan Republik Czech 3-0 di Hamburg Sabtu lalu.

Michael O’Neill pula membuat tiga perubahan kepada pasukan yang menewaskan 10 pemain San Marino 4-0 di Belfast, tetapi Kyle Lafferty yang menjaringkan dua gol Sabtu lalu bermula sekali lagi di bangku simpanan.

Pada perlawanan tersebut, Jerman mendahului 2-0 kurang daripada 20 minit pada separuh masa pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA