Jerman tegah bermain ‘Pokemon Go’ di lapangan terbang

Jerman tegah bermain ‘Pokemon Go’ di lapangan terbang

BERLIN, 16 Ogos – Polis dan persatuan pengendali lapangan terbang di Jerman memberi amaran mengenai potensi bahaya ketika bermain ‘Pokemon Go’ di sesetengah kawasan lapangan terbang.

Mereka berkata apa yang dipanggil ‘Pokestops’ di luar kawalan keselamatan harus dihapuskan untuk mengelakkan insiden mungkin.

‘Pokemon Go’ telah dilancarkan di Jerman pada pertengahan bulan Julai. Polis persekutuan dan persatuan lapangan terbang ADV berkata semalam bahawa bermain permainan itu di lapangan terbang boleh membawa “bahaya dan risiko.”

Mereka menyarankan kepada pemain supaya dapat mengelakkan pemeriksaan keselamatan atau membuka pintu kecemasan untuk menangkap ‘pokemon maya’ mereka yang boleh menyebabkan “langkah lebar dan meluas pihak polis dan kemungkinan akan dikenakan tuntutan ganti rugi sivil.”

Secara berasingan, polis di bandar Osnabruck menyatakan mereka telah menyelamatkan seorang lelaki yang bermain ‘Pokemon Go’ di landasan kereta api.

Mereka berkata pemain yang berusia 22 tahun itu berkata telefon bimbitnya membawa beliau ke tempat pagi hari minggu itu. – AP