Jerman ucap selamat jalan kepada generasi emas

Jerman ucap selamat jalan kepada generasi emas

BERLIN, 16 Ogos – Joachim Loew perlu berpisah dengan beberapa pemain utama yang membantu pasukan Jerman sejak sedekad lalu selepas beberapa pengumuman persaraan sejak beberapa minggu.

Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan sekarang Lukas Podolski yang menamatkan kerjaya antarabangsa mereka dalam satu era di mana Jerman mendominasi bola sepak dunia.

Sejak 2006, Jerman mara ke separuh akhir bagi setiap perlawanan utama, dan selepas tewas kepada Sepanyol dalam Euro 2008 mereka kemudian menjulang Piala Dunia 2014.

Dengan sekumpulan pemain utama berazam untuk mendapatkan tempat dalam pasukan, beberapa pemain hebat Jerman mengucapkan selamat tinggal pada peringkat antarabangsa, dan seseorang akan memikirkan pemergian mereka akan membuka jurang dalam pasukan Jerman.

Bagaimanapun, generasi pemain baru diharapkan untuk menjejaki pencapaian mantan mereka ketika Loew bersedia untuk mengekalkan Jerman di antara elit bola sepak antarabangsa.

Philipp Lahm (16), Schweinsteiger (7), Klose (1) dan Podolski (10) antara pemain generasi emas Jerman yang telah menamatkan kerjaya antarabangsa mereka. – AFP
Philipp Lahm (16), Schweinsteiger (7), Klose (1) dan Podolski (10) antara pemain generasi emas Jerman yang telah menamatkan kerjaya antarabangsa mereka. – AFP

Skuad mudanya menunjukkan kebolehan pada Kejohanan Eropah di Perancis seperti Julian Draxler, Mario Goetze dan Thomas Mueller semuanya berusia bawah 27 tahun, begitu juga Manuel Neuer baru berusia 30.

Sekumpulan pemain Jerman yang ada sekarang dan mereka yang dalam peningkatan adalah produk akademi yang dilancarkan pada 1998 selepas kekalahan 3-0 Jerman kepada Croatia pada Piala Dunia tahun itu.

FA Jerman menyedari mereka perlu bertindak untuk menghalang kesukaran dan membaharui kualiti prospek pasukan muda mereka yang dibayangi pasukan jiran Eropah.

Kesedaran itu mencetuskan pihak berkuasa bola sepak negara untuk melabur 700 juta euro (AS$784 juta) ke dalam perkembangan belia dalam tempoh 10 tahun – AFP

ARTIKEL YANG SAMA