Jerman uji teknologi video ulang tayang

Jerman uji teknologi video ulang tayang

BERLIN, 12 Feb – Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan Bundesliga (DFL) akan membida untuk menjadi negara pertama yang menguji teknologi video ulang tayang dalam sukan bola sepak, jika penggubal sukan meluluskan tempoh percubaan bulan depan.

Lembaga Persatuan Bola Sepak (IFAB), yang mentadbir peraturan sukan, akan memutuskan perkara yang dikemukakan itu dalam mesyuarat pada 5 Mac depan. “Perkara ini diputuskan oleh DFL dalam mesyuaratnya hari ini.

“Kami merancang untuk menjalankan fasa ujian selama dua tahun di Bundesliga untuk menguji kebaikannya,” kata DFL dalam kenyataan selepas membuat keputusan untuk membuat permohonan terbabit kepada IFAB.

Badan induk bola sepak dunia FIFA akan bertanggungjawab untuk memberi lampu hijau sekiranya ia diluluskan oleh IFAB.

Difahamkan, Konfederasi Bola Sepak Brazil turut berminat untuk menguji teknologi terbabit dalam liga utama mereka, yang akan membuka tirainya pada April depan. Teknologi itu harus diuji dan dinilai sebaik mungkin sebelum diluluskan untuk penggunaan oleh persatuan bola sepak walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum dilaksanakan sepenuhnya . – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA