Jerman wajib menang

Jerman wajib menang

BERLIN, 3 Sept (Reuters) – Juara dunia Jerman berada dalam posisi luar biasa kerana mesti memenangi dua perlawanan kelayakan Euro 2016 selepas ini jika mereka mahu menghidupkan peluang beraksi pada kejohanan di Perancis tahun depan.

Jerman, yang akan berdepan pendahulu kumpulan Poland di Frankfurt awal pagi Sabtu ini sebelum bertandang ke Glasgow untuk menentang Scotland tiga hari kemudian, ghairah untuk mengembalikan semula persembahan konsisten mereka selepas permulaan tidak menentu. Jerman menghuni tangga kedua, satu mata di belakang negara jiran mereka dan hanya dua di depan Scotland, pasukan ketiga Kumpulan D.

“Kami perlu menang kedua-dua perlawanan,” kata kapten, Bastian Schweinsteiger.

Midfield Jerman Bastian Schweinsteiger (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di Frankfurt semalam sebelum menentang Poland untuk kelayakan Euro 2016, esok. – AFP
Midfield Jerman Bastian Schweinsteiger (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di Frankfurt semalam sebelum menentang Poland untuk kelayakan Euro 2016, esok. – AFP

“Kami sedar amat sukar untuk turun menentang Poland, tapi kami perlu menang. Tiada alasan lagi. Kami mesti menang.”

Kekalahan 0-2 kepada Poland tahun lalu adalah kerana kesan daripada Piala Dunia apabila mereka merombak semula pasukan dan beberapa pemain bersara selepas kejohanan di Brazil.

Satu daripada posisi penting adalah pertahanan kanan dengan Philipp Lahm sudah bersara daripada kancah antarabangsa. Jurulatih Joachim Loew memanggil pemain Liverpool, Emre Can yang mungkin boleh diserapkan di posisi itu.

ARTIKEL YANG SAMA