Jersi baru Man United ‘didedah’ di Hong Kong

Jersi baru Man United ‘didedah’ di Hong Kong

MANCHESTER, 15 Julai – Jersi baharu kelab Manchester United untuk perlawanan di tempat sendiri bagi musim depan terdedah selepas satu foto menunjukkan ia dipamerkan untuk jualan di sebuah kedai Adidas di Hong Kong.

United hingga kini belum secara rasmi melancarkan jersi itu bagi kempen musim baharu, namun ia lebih dulu didedahkan selepas penyokong kelab itu berjaya mengesan ia di jual di Asia semalam.

Menurut Daily Mail, sebuah poster yang menunjukkan pemain sayap, Ashley Young memakai jersi itu turut dirakamkan di kedai berkenaan, disamping tulisan \ʼJersi Manchester United 16/17’.

Tidak dapat dipastikan sama ada jersi berkenaan asli, namun ia menyamai dengan baju yang dijual di sebuah kedai di New Delhi awal tahun ini.

Difahamkan, kemeja T itu tidak sepatutnya dijual lagi dan dipamerkan kepada pelanggan tatkala United sendiri enggan mengesahkan sama ada ia asli atau sebaliknya. Pada Isnin lalu, Red Devils melancarkan jersi baharu mereka untuk perlawanan di tempat lawan, sesuatu yang tidak dilakukan mereka. Lazimnya jersi di tempat sendiri akan dilancarkan lebih dulu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA