Jerudong FC kempunan

Jerudong FC kempunan

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 24 Ogos – Jerudong FC meraikan kegembiraan berbeza malam tadi selepas berjaya menyelamatkan satu mata ketika hampir ditewaskan oleh MS PDB, hanya untuk Reniel bin Ruani muncul wira menjaringkan gol empat minit dalam masa kecederaan bagi mengikat MS PDB 2-2.

Jerudong FC yang menyaksikan kemenangan bersejarahnya,3-2 ke atas MS ABDB minggu lalu hampir dimusnahkan MS PDB malam tadi setelah ketinggalan 0-1 ketika perlawanan baru berlangsung tiga minit akibat jaringan PC 6139 Mohd Faiq bin Ramllee.

Mohd Mardi Mirza bin Abdullah Bujang berjaya menyamakan kedudukan lima minit sebelum rehat pada perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu untuk membawa kedudukan 1-1 ke separuh masa kedua.

Jerudong FC berjaya mengikat MS PDB 2-2 menerusi jaringan pada masa kecederaan, minit ke-94.
Jerudong FC berjaya mengikat MS PDB 2-2 menerusi jaringan pada masa kecederaan, minit ke-94.

Dua belas minit selepas rehat perlawanan Liga Super DST 2015 itu, PC 5341 Mohd Hisham bin Azman kembali memacu MS PDB ke depan menerusi jaringannya yang merubah kedudukan kepada 2-1.

Ketika perlawanan masa sebenar sudah berakhir, Jerudong FC yang terdesak terus melakukan asakan demi asakan untuk sekurang-kurangnya mendapatkan gol penyamaan sehingga berhasil memperolehinya pada minit ke-90+4.

ARTIKEL YANG SAMA