Jerudong FC tewaskan MS PDB 4-1

Jerudong FC tewaskan MS PDB 4-1

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Jerudong FC mengukuhkan cengkamannya di tangga keenam apabila menewaskan pesaingnya di tangga ketujuh, MS PDB dengan jaringan 4-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

Mohd Bazli bin Mohd Said memberikan Jerudong FC pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama menerusi gol-golnya masing-masing pada minit ke-22 dan ke-27.

Ketua pasukan Jerudong FC, Hairol Azaman Shah bin Abdullah memberikan pasukannya pendahuluan selesa 3-0 selepas rehat apabila berjaya menanduk kencang bola dari sepakan sudut sebelah kiri gawang MS PDB pada minit ke-53.

Hairol Azaman Shah (kiri) ketika bersaing sebelum berjaya menanduk bola masuk untuk gol ketiga Jerudong FC pada minit ke-53.
Hairol Azaman Shah (kiri) ketika bersaing sebelum berjaya menanduk bola masuk untuk gol ketiga Jerudong FC pada minit ke-53.

PC 6139 Mohd Faiq bin Ramlee memberikan MS PDB sedikit harapan apabila berjaya menyumbatkan gol pada minit ke-61 sekali gus merubah kedudukan menjadi 1-3.

Namun jauh di masa kecederaan iaitu pada minit ke 90+2, Mohd Mardi Mirza bin Abdullah Bujang membunuh segala semangat kebangkitan MS PDB untuk memberikan Jerudong FC kemenangan bergaya 4-1.

Jerudong FC kini mengumpul 20 mata daripada 15 permainan, kekal di tangga keenam untuk menjarakkan dirinya empat mata dari MS PDB yang kekal dengan 16 mata dari 16 permainan di tempat ketujuh.

ARTIKEL YANG SAMA