Jerudong tewaskan Lun Bawang 4-1

Jerudong tewaskan Lun Bawang 4-1

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Jerudong FC berjaya meraih tiga mata dalam Liga Super DST-NFABD 2015 petang ini selepas mengalahkan Lun Bawang FT 4-1, semalam.

Pada separuh masa pertama aksi di Kompleks Sukan Berakas berkenaan Jerudong sudah mendahului 3-0 dengan dua daripadanya hadir melalui sepakan penalti yang kedua-duanya disempurnakan oleh Md Hardi Anak Bujang pada minit pertama dan ke-31.

Afindi Yati Tuah menjaringkan gol di antara dua gol Md Hardi berkenaan iaitu pada minit ke-14 untuk gol kedua Jerudong.

Enam minit selepas rehat Lun Bawang berjaya merapatkan jurang apabila Idris Lupat berjaya menemui sasaran di gawang Jerudong sekaligus mengubah jaringan kepada 1-3.

Bagaimanapun, Azaman Shah Abdullah mengembalikan pendahuluan tiga gol Jerudong menerusi jaringannya pada minit ke-65, yang ternyata menjadi gol terakhir perlawanan sekaligus memuktamadkan keputusan 4-1 memihak kepada Jerudong.

Jerudong FC (merah) meraih tiga mata apabila membenam Lun Bawang FT 4-1 dalam aksi Liga Super semalam.
Jerudong FC (merah) meraih tiga mata apabila membenam Lun Bawang FT 4-1 dalam aksi Liga Super semalam.