Jerung kian mengganas

Jerung kian mengganas

CAROLINA UTARA, 28 Jun (Agensi) – Pegawai berkata remaja lelaki 17 tahun adalah mangsa terbaru serangan jerung di persisiran pantai Carolina Utara, serangan kedua dalam beberapa hari dan serangan keenam dalam dua minggu kebelakangan.

Kakitangan penyelamat dan renjer taman bertindak balas ke atas remaja tersebut, yang menerima apa yang mereka terangkan sebagai kecederaan pada paha kanan, punggung dan kedua tangannya ketika berenang di tebing luar kelmarin, menurut satu siaran pada laman Facebook Perkhidmatan Taman Negara. Remaja itu berenang bersama rakannya yang lain apabila dia digigit, tetapi yang tidak cedera, menurut pegawai.

Remaja yang belum dikenal pasti itu telah dirawat ti tempat kejadian sebelum dipindah ke hospital Norfolk, Virginia, kata khidmat taman tersebut.

Pada hari Jumaat, seorang lelaki Carolina Utara telah digigit di belakang dan kakinya di Avon ketika bermain luncur air bersama anak-anaknya. Sementara itu, seorang lelaki berusia 42 tahun juga diserang jerung berdekatan pulau Hilton Head, Carolina Selatan pada hari yang sama. Kedua-dua lelaki telah dirawat untuk kecederaan yang tidak membawa maut.

Jerung-jerung telah menyerang beberapa kanak-kanak di sepanjang pesisiran pantai Carolina Utara bulan ini, termasuk kanak-kanak perempuan 13 tahun yang kehilangan tangan kiri dari paras bawah sikunya dan remaja lelaki 16 tahun yang kehilangan tangan kiri dari paras atas sikunya, dalam selang 90 minit di Pulau Oak.