Jet bawa emas...

Jet bawa emas terhempas

HARARE, 12 Jan – Sebuah jet persendirian yang dipercayai membawa 22 kilogram emas bernilai hampir satu juta dolar AS terhempas di utara-barat Zimbabwe pada selasa, akhbar Chronicle melaporkan semalam.

Dua penumpang mengalami kecederaan ringan, menurut laporan itu.

“Jet peribadi yang dipercayai milik Central Air Traffic Services terhempas pada waktu petang. Kami tidak mempunyai banyak maklumat lanjut mengenai kejadian itu, namun kami telah menghantar satu pasukan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan,” pihak berkuasa Penerbangan Awam Zimbabwe James Danga diipetik sebagai berkata oleh akhbar harian.

Pegawai itu berkata jet itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Joshua Nkomo di bandar kedua terbesar di Bulawayo dan terbang ke Harare.

Saksi memberitahu akhbar itu bahawa jet itu dipercayai membawa emas dari lombong di selatan barat Zimbabwe ke ibu negara Harare. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA