Jet Israel bedil Gaza

Jet Israel bedil Gaza

BAITULMAQDIS, 3 Jan – Tentera udara Israel melancarkan serangan udara terhadap kubu Hamas di Semenanjung Gaza, semalam.

Serangan dilancarkan beberapa jam selepas roket dilepaskan ke arah selatan Israel.

Menurut sumber, serangan Israel itu menyasarkan empat kemudahan latihan tentera Hamas dan kawasan tentera masing-masing di Beit Hanoum dan Rafah.

Serangan terbabit menyebabkan kerosakan tetapi tiada kematian dilaporkan.

Ibu kepada Hamam al-Said (tengah) pemuda yang ditembak mati Israel meratapi kematian anaknya selepas mayatnya diserahkan tentera Zionis di Hebron, kelmarin. - AFP
Ibu kepada Hamam al-Said (tengah) pemuda yang ditembak mati Israel meratapi kematian anaknya selepas mayatnya diserahkan tentera Zionis di Hebron, kelmarin. – AFP

‘IDF menuduh Hamas bertanggungjawab dan dipersalahkan atas semua serangan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza,’ kata satu kenyataan.

Kelmarin, dua roket dilepaskan dari Gaza jatuh di bahagian selatan Israel tetapi tiada kematian atau kerosakan.