Jet pejuang AS terhempas di Arizona

Jet pejuang AS terhempas di Arizona

WASHINGTON, 25 Jun (AFP) – Pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin di Arizona, dilaporkan terhempas dan menghasilkan kebakaran besar, menurut pegawai.

Krew kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira 13 kilometer utara Douglas, Arizona berdekatan sempada dengan mexico, menurut pegawai bomba tempatan. Bagaimanapun tiada maklumat serta-merta mengenai kemalangan jiwa dan jenis pesawat terlibat.

Nahas itu menunjukkan telah memecahkan saluran gas dan memulakan kebakaran besar, menurut laporan The Arizona Republic. Imej di Twitter menunjukkan cahaya besar dan beberapa api terang. Jurucakap dari Pentadbiran Penerbangan Pusat berkata pesawat tersebut mungkin berlepas dari pangkalan udara Davis Monthan, beberapa 160 kilometer dari sini. Pangkalan udara Davis-Monthan berkata dalam laman webnya bahawa dua jet pejuang F-15 mengadakan latihan di pangkalan itu sejak beberapa bulan musim panas.