Jet pejuang F-22 AS terbang di Korea S

Jet pejuang F-22 AS terbang di Korea S

OSAN, Korea Selatan, 17 Februari – AS menerbangkan empat buah jet pejuang senyap F-22 di Korea Selatan hari ini dalam menunjukkan kekuatan ekoran pelancaran roket Korea Utara baru-baru ini dan sebelum latihan ketenteraan bersama sekutu-sekutu bulan depan bertujuan menghalang ancaman Pyongyang.

Penerbangan F-22 yang mengelak radar, yang berpangkalan di Okinawa, Jepun adalah pengerahan terkini aset-aset penting ketenteraan strategik AS ke Korea Selatan selepas Korea Utara mengingkari amaran dari kuasa-kuasa dunia dan melancarkan ujian nuklear keempat bulan lalu.

Korea Selatan dan AS berkata pelancaran roket Korea Utara pada 7 Februari adalah ujian peluru berpandu jarak jauh dan mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menegah penggunaan teknologi peluru berpandu balistik oleh negara terasing itu. Korea Utara berkata itu adalah pelancaran satelit.

Ketenteraan AS berkata pada hujung minggu ia telah mengerahkan unit pemintas peluru berpandu halalaju tinggi Patriot tambahan ke Korea Selatan dalam respons kepada provokasi Korea Utara.

Sekutu-sekutu itu juga dijangka memulakan rundingan tentang penghantaran sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal canggih (THAAD). Bulan lalu, AS telah menerbangkan pengebom B-52 yang mampu membawa senjata nuklear pada penerbangan rendah di Korea Selatan ekoran ujian nuklear Korea Utara pada 6 Januari.

Kelihatan jet pejuang senyap F-22 AS mendarat di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, selatan Seoul. – AFP
Kelihatan jet pejuang senyap F-22 AS mendarat di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, selatan Seoul. – AFP

Latihan tentera bersama dijadualkan bermula pada Mac, yang mana kebanyakan tahun mengambil masa lapan minggu dan melibatkan ratusan ribu tentera Korea Selatan dan AS, adalah yang terbesar, menurut para pegawai Korea Selatan.

Terdapat 28,500 pasukan tentera AS ditempatkan di Selatan sebahagian dari pertahanan bergabung dengan ketenteraan Korea Selatan seramai lebih 600,000. korea Utara mempunyai 1.2 juta tentera.

Korea Utara mendakwa latihan tahunan adalah persiapan peperangan. Korea Selatan dan AS mengatakan latihan itu, yang diadakan bertahun-tahun tanpa kejadian besar, adalah pertahanan. – Reuters