Jet pejuang Rusia terhempas

Jet pejuang Rusia terhempas

MOSCOW, 15 Nov – Kementerian Pertahanan Rusia, hari ini berkata bahawa sebuah jet pejuang terhempas ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov di luar laut Mediterranean, Syria, dan juruterbang terselamat.

Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Rusia, Kementerian Pertahanan berkata, jet pejuang MiG-29K terhempas disebabkan oleh “kesilapan teknikal” beberapa kilometer daripada pengangkut itu.

Juruterbang berjaya keluar dari jet itu dan selamat dan dibawa naik kapal. “Kesihatan juruterbang itu tidak dalam bahaya. Juruterbang itu bersedia untuk menjalankan misi,” kata kementerian itu, yang dipetik oleh agensi berita Interfax.

Kementerian Pertahanan tidak berkata bila kejadian itu berlaku, tetapi berkata, pesawat itu telah mengambil bahagian dalam latihan penerbangan. Ia menegaskan bahawa jet itu masih masih bergerak ketika cuba berhenti dari kapal induk itu dan menyebabkan kemalangan.

Kementerian itu mengeluarkan satu kenyataan selepas penyiar AS, Fox News melaporkan kemalangan itu, memetik daripada pegawai AS.

Gambar fail 2004 menunjukkan kapal pengangkut pesawat, Admiral Kuznetsov berada di Laut Barents, Rusia. Kementerian Pertahanan Rusia, hari ini berkata bahawa sebuah jet pejuang terhempas ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov di luar laut Mediterranean, Syria, dan juruterbang terselamat. – AP
Gambar fail 2004 menunjukkan kapal pengangkut pesawat, Admiral Kuznetsov berada di Laut Barents, Rusia. Kementerian Pertahanan Rusia, hari ini berkata bahawa sebuah jet pejuang terhempas ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov di luar laut Mediterranean, Syria, dan juruterbang terselamat. – AP

Jet Mig-29K adalah pesawat pelbagai fungsi yang dibangunkan dalam era Soviet dan digunakan untuk menyerang sasaran samaada di udara dan di atas tanah. Rusia mempunyai 24 pejuang MiG tahun lepas. Ia juga mengatur pesawat pengebom Sukhoi di Syria.

Pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov tiba di timur luar Mediterranean di luar pantai Syria sebagai sebahagian daripada konvoi kapal yang dihantar untuk membantu tentera Rusia di kawasan itu, kata komander yang disahkan di televisyen negeri itu.

Komander kapal Sergei Artamonov berkata dalam satu siaran temu bual Sabtu lalu di televisyen Rossiya-1 bahawa pesawat itu telah berlepas dari dek kapal “hampir setiap hari selama empat hari terakhir” untuk meninjau kawasan itu. – AFP