Jet pejuang Switzerland terhempas di Belanda

Jet pejuang Switzerland terhempas di Belanda

HAGUE, 10 Jun – Sebuah jet pejuang Switzerland terhempas dan terbakar di utara Belanda selepas berlanggar dengan sebuah jet lain ketika sesi latihan sebelum pertunjukan udara, kata pihak berkuasa.

“Dua pesawat Tiger F-5E daripada Patrouille Suisse berlanggar tengah hari ini ketika melakukan penerbangan latihan untuk pertunjukan udara di Leeuwarden,” menurut Kementerian Pertahanan Switzerland.

Juruterbang daripada pasukan aerobatik tentera udara Switzerland itu berjaya keluar dengan selamat, menurut pegawai rasmi Belanda dan Switzerland.

Bagaimanapun, jet beliau terhempas dan terbakar dalam sebuah kolam besar di perkampungan Beetgum di utara Friesland, berhampiran pangkalan udara Leewardan yang menjadi tuan rumah pertunjukan udara itu pada hujung minggu ini.

Sementara itu, di Moscow, seorang juruterbang skuad aerobatik elit Russia maut selepas jet pejuang beliau terhempas. Kementerian Per-tahanan Rusia menyatakan, jet pejuang Su-27 itu terhempas ketika kembali daripada satu misi latihan.

Menurutnya, punca nahas adalah akibat kegagalan teknikal tetapi tidak menyatakan butiran lanjut sementara menunggu hasil siasatan rasmi. – AFP