Jet pejuang Vietnam ditemui terhempas di laut

Jet pejuang Vietnam ditemui terhempas di laut

HANOI, 14 Jun (dpa) – Sebuah jet pejuang pasukan udara Vietnam telah putus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara hari ini semasa latihan di bahagian tengah negara itu.

“Kami sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi menyelamat dan mencari,” kata timbalan ketua Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim Vietnam, Luu Duc Tung memberitahu dpa.

Jet pejuang Su30-MK2 dibina oleh Rusia, membawa dua juruterbang, putus hubungan pada jam 8:15 pagi (0115 GMT) di wilayah Nghe An, lapor akhbar Thanh Nien.

Timbalan komander pasukan udara, Mejar Jeneral Do Minh Tuan, mengesahkan pesawat udara itu telah hilang, lapor Tuoi Tre.

Seorang nelayan tempatan telah memaklumkan pasukan penyelamat pada jam 8:30 pagi setelah dia melihat sebuah pesawat terjatuh di laut berhampiran pulau Hon Mat tidak jauh dari pantai, menurut laporan Thanh Nien.

Seorang pengawal pantai, Phan Xuan Hai, berkata unitnya telah menghantar tiga kapal dengan 35 orang untuk menjalankan pencarian ke atas pesawat itu, namun belum lagi menemuinya, ujarnya.

Jet pejuang Su30-MK2 bagi serangan jarak jauh itu telah dibangunkan oleh Syarikat Sukhoi.

ARTIKEL YANG SAMA