Jet ROKAF mendarat di sini

Jet ROKAF mendarat di sini

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Pasukan Aerobatik Black Eagles ROKAF yang terdiri daripada lima juruterbang jet pelatih supersonik T-50B Industri Aeroangkasa Korea, seorang juruterbang pesawat gantian dan seorang juruterbang pesawat bantuan C-130 telah membuat pendaratan singkat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Jet-jet berkenaan mendarat awal hari ini bagi mengisi bahan bakar selepas menamatkan pertunjukan aerobatik pada Pertunjukan Udara Singapura, baru-baru ini.

Pendaratan persinggahan ROKAF Black Eagles dari Singapura ke Negara Brunei Darussalam memberi kesempatan kepada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan majlis pertemuan tidak formal dan ramah-mesra yang berlangsung di Pusat Pergerakan Udara (AMC).

pg01_160225_a

pg04_160225_d

Kolonel (U) Mohammad Sharif menerima cenderahati daripada ketua Pasukan Black Eagles ROKAF.
Kolonel (U) Mohammad Sharif menerima cenderahati daripada ketua Pasukan Black Eagles ROKAF.

pg04_160225_apg04_160225_c

Barisan jet pelatih supersonik T-50B Industri Aeroangkasa Korea yang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Barisan jet pelatih supersonik T-50B Industri Aeroangkasa Korea yang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir untuk menyambut ketibaan Pasukan Black Eagles itu ialah Pemerintah Operasi Kumpulan (COG) TUDB, Kolonel (U) Mohammad Sharif yang memberi peluang kepada pegawai daripada kedua-dua angkatan tentera udara itu berkongsi pengalaman dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim.

Pasukan ROKAF Black Eagles membuat pendaratan persinggahan pertama di Pangkalan Tentera Udara Rimba pada 9 dan 10 Februari lalu semasa dalam penerbangan dari Republik Korea menuju ke Singapura untuk menyertai Pertunjukan Udara Singapura 2016.

ARTIKEL YANG SAMA