Jet Rusia terbang dekat

Jet Rusia terbang dekat

WASHINGTON, 14 April (AFP) – Sebuah jet tentera Rusia telah terbang secara dekat dengan hanya jarak beberapa kaki dari kapal pemusnah AS di perairan antarabangsa di Laut Baltik dalam satu siri penerbangan yang ‘agresif’, Menurut kenyataan dari AS pada Rabu.

Pesawat Rusia berulang kali membuat penerbangan menghampiri kapal USS Donald Cook minggu ini, termasuk satu kejadian pada Selasa lalu di mana jet Rusia Su-24 hanya terbang 30 kaki (sembilan meter) di atas kapal yang “berprofil serangan simulasi,” kata Komander Eropah tentera AS.

Kejadian datang semasa pergeseran antara Moscow dan Washington mengenai penglibatan Rusia dalam konflik di timur Ukraine dan di Syria, dan juga di kawasan timur Eropah yang mana Kremlin anggap ‘kawasan berhampiran’.

Video yang dikeluarkan oleh EUCOM menunjukkan pesawat perang terlihat begitu dekat dengan kapal Cook apabila salah seorang pelayar mendengarnya dan berkata “Dia berada di bawah sayap itu (the bridge wing),” yang bermakna pesawat itu terbang rendah daripada titik tertinggi kapal tersebut.

Seorang pegawai pertahanan kanan Amerika, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata “Ini adalah lebih agresif daripada apa-apa yang kami telah lihat dalam beberapa masa ini.”

Pesawat serangan Rusia Sukhoi Su-24 membuat penerbangan yang sangat rendah melintasi kapal pemusnah peluru berpandu USS Donald Cook (DDG 75), yang beroperasi di Laut Baltik pada Selasa lalu. – AFP
Pesawat serangan Rusia Sukhoi Su-24 membuat penerbangan yang sangat rendah melintasi kapal pemusnah peluru berpandu USS Donald Cook (DDG 75), yang beroperasi di Laut Baltik pada Selasa lalu. – AFP

Jurucakap White House Josh Earnest memanggil penerbangan “keseluruhannya tidak selaras dengan norma-norma profesional tentera yang beroperasi secara berdekatan antara satu sama lain di perairan antarabangsa dan ruang udara antarabangsa.”

Gerakan tersebut bermula pada Isnin apabila kapal pemusnah itu terletak kira-kira 70 batu nautika dari Kaliningrad di perairan antarabangsa. Dua jet Rusia Su-24s terbang sebanyak 20 kali melintasi kapal USS Cook pada jarak kurang daripada 1,000 meter dan pada ketinggian kira-kira 100 kaki, menurut kenyataan itu.

Kemudian pada hari Selasa, helicopter anti-kapal Rusia Ka-27 Helix terbang sebanyak tujuh kali mengelilingi pemusnah. Tidak lama selepas itu, jet Su-24s bergerak laju menuju ke arah kapal pemusnah tersebut, menjadikan 11 penerbangan jarak dekat dan rendah, termasuk sekali dengan penerbangan “ yang begitu rendah hinggan berdekatan dengan air,” menurut kenyataan itu. Pesawat itu berada dalam keadaan “sayap bersih,” yang bermakna tidak kelihatan bersenjata, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA