JetBlue kembang perkhidmatan sewa AS-Cuba

JetBlue kembang perkhidmatan sewa AS-Cuba

HAVANA, 28 Sept (Reuters) – Penerbangan JetBlue Amerika Syarikat (AS) akan menambah penerbangan sewa kedua dari lapangan terbang John F. Kennedy New York ke Havana, melebar luaskan perkhidmatan sewa menjelang perasmian perjalanan udara komersial antara dua negara tersebut, menurut syarikat itu hari ini.

Penerbangan pergi balik tanpa henti baru itu akan beroperasi setiap Selasa bermula 1 Disember dengan kerjasama bersama Cuba Travel Services, sebuah ejen perjalanan berlesen dari Kerajaan AS untuk mengatur penerbangan ke Cuba.

Dua syarikat berkenaan pada masa ini mengoperasi salah satu daripada dua penerbangan sewa lain JFK-ke-Havana. Beberapa penerbangan sewa lain membawa penumpang ke Cuba dari Florida.

Di bawah peraturan baru yang diperkenalkan oleh Presiden AS, Barack Obama pada Januari, sebulan selepas dia mengumumkan pengenduran ketegangan politik bersama bekas seteru Perang Dingin, penerbangan AS dibenarkan untuk terbang ke Cuba tanpa perlu kebenaran khas dari Jabatan Perbendaharaan.

Bagaimanapun, sebelum itu para pegawai AS dan Cuba perlu untuk membincangkan satu persetujuan penerbangan awam baru.

Perwakilan daripada kedua-dua buah negara itu dijadualkan akan mengadakan rundingan penerbangan pada Isnin dan Selasa di Havana.

Perkhidmatan penerbangan biasa telah terganggu oleh embargo perdagangan AS yang dikenakan Cuba pada 1962.

ARTIKEL YANG SAMA